Thursday, September 2, 2010

Dalam Diam







Dengan diam
kulurut sepi
kuturut hati.

Kepada diam
kupasung diri
liar meronta,

Dalam diam
kujalin jejak
bertapak kejap.

Bahawa diam
tiada sunyi
riuh alam.

Segala diam
tetap menyapa
tanpa kata.


kelompen
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © kelompen 2010
All Rights Reserved

No comments:

Post a Comment