Thursday, September 2, 2010

DALAM DIRI

DALAM DIRI




menghitung rebahnya hari
laksana bingkisan luka bermusim
basah di kelopak mata.

menatap catatan gelisah
umpama kejat mimpi sepermainan
menjeruk di kolam rasa.

berkali aku cuba menghafal
ungkapan indah
dari genta purba
perihal langit dan bumi
mencari paksi antara tiangnya.

dengan bahasa mudah
aku ingin faham
indah pualam
hidup barangkali kelangsungan
bukan buih bukan ombak
bukan gelombang
tidak sesekali landai
kerdilnya aku
sezarah pasir pantai..

kelompen
temerloh pahang.
Copyright © kelompen 2010
All Rights Reserved
sumber siaran Harian Metro 8 Julai 2010

1 comment: