Friday, September 3, 2010

Pastinya Bukan Aku ( Buat Siapa Yang Mengerti )














Memang lidah tidak bertulang
memang manis bibir mengukir kata
memang enak telinga mendengar cerca
memang untuk dosa
segalanya mudah belaka

lembutnya suara itu
perlahan nadanya
dalm gelak antara dengar
dalam dengus yang amat mulus
antara rindu dan benci
antara malu dan mahu

siapakah yang mengerti
disebalik merah hati
siapakah yang faham
lembut tutur membaham

pastinya bukan aku
walaupun aku disitu


soleil

sanggarpcp
kuala semantan 1459hrs
@Sept 3-10
Copyright ©ES 2010
All Rights Reserved

1 comment:

  1. teratur kata-kata tersebut mmg betul pepatah kata tersebut

    ReplyDelete