Thursday, September 2, 2010

Mengusung Lentera




















kerabat spcp sasarannya langit.
terapung dari bintang ke bintang
menyanyikan lagu kemanusiaan sejagat
dalam 'rhapsodies' buluh perindu
setulus cendekia yang bertunjang
di rumpun budi kesantunan budaya suatu bangsa
bernama MELAYU
yang bermarwah dan bermertabat
yang perkasa menatang, mendokong dan melarik sejarahnya
mengusung lentera
mengarak panji-panji ketuanan tamadun cendekianya
dalam barisaan
pawai keramat yang gagah melangkah
merentas batas sempadan maya dari benua ke benua
mencari, merisik dan melamar kecendekiaan tamadun fikir
dalam persemendaan falsafah
yang bersanding di pelamin 'intellectual discourses'
demi menjunjung dan mendokong
nilai-nilai murni kemanusiaan sejagat
bertatahkan sifat, sikap dan iltizam kecendekiaan
gemerlapan di langit tamadun zaman berzaman
berpanjangan, kekal, keramat dan abadi.



yassinsalleh
1400hrs. ogos 2. 2010
anjung_Kuala Lumpur,
Sanggar Penyair Cyber Pahang.
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved

No comments:

Post a Comment