Friday, September 3, 2010

KELAHIRAN


Kerana kelahiranlah
dunia ini dipandang
lantas menjadi pentas lakunan
kelahiran yang dimestikan
adalah titik-titik pertemuan
ria dan airmata

dan kerana kelahiranlah
titik-titik pertemuan bermula
dibayang setia dan kasih pepura
kelahiran dan kerelaan
dalam nada satu irama
menempuh ombak pancaroba

Kehidupan tiada yang murni
kerana ia bersalut lumpur
hati-hati yang sudah diilhamkan
kerana kelahiranlah
dunia ini pentas lakunan
manusia-manusia menggila
dengan seribu gaya

Osman Limat
1979
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 1979 osman limat
All Rights Reserved
(Antologi puisi DPMP. Kuantan - TIADA WAJAH SEINDAH SUARA)

No comments:

Post a Comment