Satu persaudaraan di kalangan penyair-penyair cyber yang aktif dalam berkarya di realm maya. (Jangan biarkan ikan-ikanku kelaparan, tolonglah klik dan beri makan)
Thursday, September 2, 2010
Ya Rabb
Ya Rabb
hambaMU ini keliru
teman dan rakan yang celaru
kenalan juga haru biru
dengan tujuan MU
Ya Rabb
apakah jadahnya kami ini
Kalam MU kami ke tepi
anggap sebagai seni dan nyanyi
hukumnya ingin kami lari
Ya Rabb
kami cintakan turutan hati
atau emosi
untuk memaki
insan dan puak yang tak sehati
dan tak se parti
Ya Rabb
percayalah
aku mahu syurga MU
tak sanggup Saqar atau Jahanam MU
walau jalan itu yang sedang kami tuju
Ya Rabb
memang aku keliru
gundah tak menentu
redha MU di campak ke pintu
apa yang aku mahu
memang aku tidak tahu
Ya Rabb
hulurlah Hidayah MU
siramlah RahmahMU
taburlah RahimMU
pada kami yang keliru
tokasid
duriantunggal
2.45pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment