Thursday, September 2, 2010

Peduli Apa














Peduli apa
Andai aku melewati denai hidup
Dengan berkaki ayam
Kerana aku tidak punya sepatu
Peduli apa
Andai aku duduk mencangkung
Menghitung putaran cekerawala
Kerana aku tidak punya kerusi
Peduli apa
Andai aku melangkah ke lorong hitam
Melihat hanyir kehidupan
Kerana aku masih punya akal
Peduli apa
Andai aku menghukum alam
Pada sebuah ketidakadilan
Kerana aku berhak bahagia
Peduli apa
Andai kuikut kata hati
Menurut kepada segala inginku
Kerana takdirku...akulah yang punya....


Qaseh
Sanggar PCP
Copyright © Qasih 2010-08-31
All Right Reserved

No comments:

Post a Comment