Friday, September 3, 2010

HARI ULANGTAHUN PERKAHWINANKU YANG KE 16


Hari itu aku merenung bulan
Masih bentuknya bersabit
Oh..indah sungguh
Dengan bintang yang ada di keliling
Walau masih kurang terang
Suka aku merenung
Hingga aku puas dalam mencari

Saban waktu dan hari itu
Aku sering mendongak, menghitung
Gerak bulan dan bintang-bintang
Yang kadang kala lenyap
Yang kadang kala makin terang
Oleh musim yang selalu berubah
Kerana aku tahu
Bukan aku yang menciptakannya
Dan aku tahu bulan itu
Akan making terang
Dan bintang akan mengerlip riang

Hari ini aku masih merenung bulan
Bentuknya sudah hampir bulat
Oh...makin indah sungguh
Bintang-bintang masih ada di keliling
Galak membentuk makna dan pedoman
Dan aku masih setia merenung, menanti
Hingga hari esok yang cerah
Bulan purmana yang pasti terang

wanmohdadnan/oaag -
20.10.ogos. ( hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 16 )
Kuantan.Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved,

No comments:

Post a Comment