Thursday, September 9, 2010

Mencari Ruang















mentari menemuiku lagi disiang ini
kau boleh bertanyakan padaku
apa saja kecuali Satu
kemana aku pergi
kerana semuanya kini
tidak lagi sepenting dahulu

jangan salah faham sayangku
bukan niatku menggoncang kenangan
kau pasti tahu kenapa aku datang
sekadar mencari ruang lembut
untuk ku jatuh berlabuh

mencari ruang itu
sekadar merasakan rasa cinta
yang telah sekian lama meninggalkan kita
mencari ruang itu
sebuah ranjang hangat dimalam yang dingin

bukanlah niatklu melukai hatimu
bukan sekali kali
kerna disubuh hening nanti
tatkala kau jenguk keluar jendela
kelibatku takkan lagi kelihatan
kerana kau telah mengajarku
tentang segalanya


soleil
sanggarpcp
kuala semantan @Ogos2010
Copyright © ES2010
All Rights Reserved

No comments:

Post a Comment