Showing posts with label puisi kerabat tua. Show all posts
Showing posts with label puisi kerabat tua. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

nyanyi sunyi simfoni SEPI yassinsalleh - Rapsodi Simfoni Nestapa Ini

memujuk belas hati nan hiba

akankah awan merenjis gerimis
meniti pelangi ke hujung mimpi
di kaki matari yang rebah pagi.

angin bertiup lalu
kusut rambut menutup wajah
terubatkah rindu terleraikah pilu
dalam pedih menanti
salam tak tiba khabar tak sampai
serindit pula terbang hilang entah ke mana.
aduhai!

palingkanlah wajahmu ke arahku
hentikanlah tangisanmu
peganglah tanganku
mari kita terapung menari ke awan tinggi
kita cari fatamorgana
kita tinggalkan
rapsodi simfoni nestapa ini.

yassinsalleh
 0505 hrs jan 29. 10
sanggar simfoniRINDU
Copyright © 2010 yassinsalleh
All Rights Reserved



by Yassin Salleh on Wednesday, September 29, 2010 at 5:06pm

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan














Ramadhan
amal ibadat sarat berkat
menuntut turutannya amaljariah pemenuh hakikat
yang rata-rata melarat melata
tunggu sajalah LailatulQadar
itulah satu-satunya lagi yang masih mungkin
tiada lagi yang berbaki menjariahimu
selepas membeli tiket temasya tamat bulan lapar
dan lunas tuntas belian pesta makan-makan
sekujur malam seluruh siang sepanjangnya Ramadhan.
Citra hiba,
belas Syawal yang mandul.


yassinsalleh
Copyright © YS2010

All Rights Reserved